princess diary
Khamis, Julai 07, 2011
gAlAXy TaB Vs iPaD
Kisah kebangkitan galaxy tab dan ipad2 semakin melonjak sekarang. Namun bagi aku masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Yelah kalau ikutkan perbezaan skrin ipad 2 lebih besar daripada galaxy tab. Namun begitu skrin galaxy tab masih memuaskan hati. Bagi aku galaxy tab pun dah ok dah. Kalau aku, aku akan pilih galaxy tab kot sebab galaxy tab lebih mudah di bawa. Nak masuk dalam handbag pun muat. Hehe!! Dahlah tu, galaxy tab boleh pakai macam handphone biasa. Boleh call, video call & sms, 2 yg best. Berbanding ipad 2 yang tak boleh nak call & sms. Ipad 2 ni kirakan lebih kepada surf internet & games jek.. Namun begitu, bagi penggemar games memang patut pun tangkap ipad 2. Yelah, mana taknye. Nak main games pun puas hati. Tapi, ape2 pun masing-masing ada kelebihan. Cuma, pada aku, aku still pilih galaxy tab. Sebab bagi aku, aku akan pilih sesuatu yang fungsi semua ada dalam satu tempat. Barulah syok!
Rabu, Jun 15, 2011
nO eXpErIeNcE..
Takde pengalaman. Maksud aku, aku takde pengalaman dalam bidang yang aku ceburi sekarang ni.Mana taknye masa study dulu kos yang aku amik kosmetik.Hehehe!!Takdelah..Dulu aku amik PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, tapi bila kerja aku 'termasuk' dekat shipping company. Aduh...Lari tajuk dah ni. Ape nak buat, itulah orang kata rezeki kan ada kat mana-mana je.Tak kisahlah keja ape pun, janji halal...Tapi yang bestnya keje ni walaupun pengalaman aku zero dalam bidang ni tapi aku masih suka dengan kerja ni. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab environment kat sini kot. Company pun bukanlah besar, tapi meriahnya macam berpuluh orang keje kat sini. Mana taknye, ni semua kesan dari mulut aku yang dari azalinya tak boleh berenti bercakap. :)
Apa-apa pun... Chaiyok!!
Apa-apa pun... Chaiyok!!
Ahad, Ogos 29, 2010
Selamat berpuasa..
Dah 20 hari berpuasa..seronoknye..tinggal lagi 10 hari je lagi.. Lepas ni beraya pulak..Tak sabarnya nak raya..Untuk family terdekat, rakan-rakan, sesiapa yang mengenali dan 'ehem2'.. hahaha!!
Ku ucapkan selamat berpuasa dan jangan tinggal puasa kecuali yang pompuan2 tu tak apa..hihihi...;p
Ku ucapkan selamat berpuasa dan jangan tinggal puasa kecuali yang pompuan2 tu tak apa..hihihi...;p
Jumaat, Mei 07, 2010
selamat hari ibu..
Selamat hari ibu buat ibuku yang tersayang..Tanpamu siapalah aku.Tidak dapat ku balas segala jasa-jasamu.Mengandungkan aku selama 9 bulan.Terima kasih ibu...
Khamis, Mei 06, 2010
merdeka!!!
Seronok sangat sebab aku dah abis belajar cuma tinggal nak praktikal je..Tak sangka pulak pejam celik pejam celik dah tiga tahun aku di negeri orang.Sebelum kitaorang berpisah sempat juga adakan 'porm night'. 1 kenangan yang terindah buat aku.Sempat juga aku hadiahkan dua buah lagu buat teman-teman ku.Dikesempatan ni nak aku pohon berjuta-juta kemaafan kepada teman-teman seperjuangan jika ada salah silap, terkasar bahasa serta halalkan makan dan minum.I love you all..
Ahad, Februari 07, 2010
hUjUnG mInGgU!!
besanya alo hjung mggu mmg mcm ni la..duk je kat uma, nak wtpe pn xtau. Kejenya mkn tdo, mkn tdo je la..nak kuo mls, lgpn bknnye de pe pn. 2 pn smlam da mrayap smpi ke carefour..huhu..punye la rmai org..letih bratur nak bayo je.
arini lak, duk dlm uma xkuo2..smpi xmkn pun.hihi..
bkn mls nk msk tp xde bnda yg nk dimsk..
ermm...cpt la ari esok, boleh gak g clas. xde la busan sgt..
Rabu, Februari 18, 2009
kecewa??
erm..setiap orang mesti pernah kecewa kan..??
kawan aku wani, baru je lepas 'call' tadi aku..
menangis-nangis dia..
kesian aku tengok, yelah dia mengadu kat aku pasal 'bf' dia..
tau pasal pe?
'bf' dia kantoi..ada perempuan lain rupanya..
erm..
bagi lelaki di luar sana ingatlah..
setiap pembohongan tidak akan kekal lama..
Langgan:
Catatan (Atom)