rEsEpI bErKaSiH

Mee Hailam

Bahan-Bahan:

300 gm mee

½ cawan tauge

5 batang sawi

100 gm kerang

200 gm udang basah

5 sudu kicap 1 sudu tepung ubi

10 ulas bawang putih

20 ulas bawang merah

1 sudu besar cili boh

3-4 sudu minyak

Cara:

Tumbuk bawang merah & putih. Panaskan minyak & tumiskan bawang bersama cili boh. Masukkan kicap, tepung ubi & cawan air. Masukkan mee, tauge, kerang, udang & sawi, kacau hingga masak lalu diangkat.

Cadangan Hidangan:

Hiaskan dengan cili merah.


Agar - Agar Buah Laici


Bahan-Bahan:

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis)

1 ½ cawan gula pasir

1 peket agar-agar

2 helai daun pandan

5 cawan air

Cara:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi.

Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.


Kuew Teow Sup


Bahan-Bahan:

2 bungkus kuew teow,(digoreng tanpa minyak)½ kilo sotong,(dipotong dan dibersihkan)RM1 daun sawi,(ambil daunnya saja)RM1 daun bawang dan daun sup.RMcili padi,daun sup dan daun bawang serta cili padi,dihiris halus.1cawan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)5cm halia(dihiris halus)5 biji telur,sedikit minyak untuk menumis,garam secukup rasa. 1 liter air.4 ulas bawang putih dihiris halus

Cara:

panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia.bila dah naik bau,masukkan 1 liter air, sotong,daun sawi,tepung jagung dan garam secukup rasa.masak sampai mendidih.dah mendidih,kecilkan api, masukkan telur satu persatu.kacau sampai telur menjadi hancur.lepas itu,tutup api.dah siap....

Cadangan Hidangan:

Ambil kuew teow,tuangkan kuah ke atas kuew teow tadi dan taburkan daun sup,daun bawang dan cili padi yang telah dihiris tadi.dah boleh makan.

Tambahan:

Masakan ini senang di siapkan dan sedap rasanya .


Aiskrim Goreng



bahan-bahan:

ais krim(nestle)

1 biji telur

1 cawan tepung gandum

air

2 cawan breadcrumb

1 cawan cornflakes

1 cawan coco crunch


*jem stawberry

Cara:

1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan

2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan

3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.

4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..

5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.

6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.

7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.

8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.

9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cadangan Hidangan:

letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan:

makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk