Khamis, Julai 07, 2011

gAlAXy TaB Vs iPaD

Kisah kebangkitan galaxy tab dan ipad2 semakin melonjak sekarang. Namun bagi aku masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Yelah kalau ikutkan perbezaan skrin ipad 2 lebih besar daripada galaxy tab. Namun begitu skrin galaxy tab masih memuaskan hati. Bagi aku galaxy tab pun dah ok dah. Kalau aku, aku akan pilih galaxy tab kot sebab galaxy tab lebih mudah di bawa. Nak masuk dalam handbag pun muat. Hehe!! Dahlah tu, galaxy tab boleh pakai macam handphone biasa. Boleh call, video call & sms, 2 yg best. Berbanding ipad 2 yang tak boleh nak call & sms. Ipad 2 ni kirakan lebih kepada surf internet & games jek.. Namun begitu, bagi penggemar games memang patut pun tangkap ipad 2. Yelah, mana taknye. Nak main games pun puas hati. Tapi, ape2 pun masing-masing ada kelebihan. Cuma, pada aku, aku still pilih galaxy tab. Sebab bagi aku, aku akan pilih sesuatu yang fungsi semua ada dalam satu tempat. Barulah syok!