mY kArYa

BUKAN MILIKKU

“Kenapa? Kenapa Imran buat macam ni pada Zetty? Apa salah Zetty? Apa kurangnya Zetty? Apa lebihnya dia?” Imran hanya tunduk membatukan diri, mungkin takut jika dia mendapat tamparan penalti secara percuma.
Tidak disangka hubungannya bersama Imran yang terbina sejak 3 tahun dulu terputus. Ibarat kereta buruk yang dah tak bernilai lagi apabila rosak di tinggalkan di tepi jalan. Begitulah jua kisah percintaan dia dan Imran. Tanpa diketahui apa salah dan silapnya, tiba-tiba hari ini Imran mengatakan hubungan mereka sampai disini saja.
Bagaikan hali lintar menyembah bumi, bagai terkena kejutan elektrik. Tanpa kata, tanpa suara, dan tanpa ekspresi muka. Dia tidak rasa kecewa, tidak rasa meluat, malah tidak juga rasa marah. Cuma merasa sedih bila terfikirkan masa selama tiga tahun itu terbuang begitu saja.
“Mungkin jodoh kita takat ni je Zetty... Imran rasa dia lebih sesuai dengan Imran. Dia boleh jaga Imran, dia boleh teman Imran ke mana pun.”
“Itu yang Imran pilih? Dia yang Imran nak?” Zetty bertanya sambil memandang gadis di sebelah Imran. Gadis itu dilihatnya dari atas hingga ke bawah. Tak dinafikan memang cantik. Dari segi gaya boleh di anggap seperti artis walaupun sebenarnya bukan. Dengan skirt merah separas lutus. Rambutnya separas pinggang dibiarkan lepas di tiup angin. Tangannya pula berpaut pada lengan Imran.
“Imran minta maaf Zetty...Imran tak tau macam mana benda ni boleh jadi. Imran harap Zetty dapat lupakan Imran.” Zetty tersenyum. Mudahnya kata-kata dia! Zetty dah tak kira dah apa tanggapan Imran dan kekasih hati barunya yang dia pun tak tau apa namanya terhadap jenis senyumannya ni. Rasanya macam aku dah cuba beri lakonan yang terbaik, desis hati Zetty. Ah, lantaklah!
“Ok, kalau itu pilihan Imran. Zetty tak boleh nak cakap apa. Zetty hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Imran. Jangan lupa hantarkan kad kalau nak naik pelamin nanti...” Seloroh Zetty sambil diiringi senyuman manis.

***
“Zetty, jom pergi lunch...” Kedengaran suara Siti dari arah mejanya yang bersebelahan dengan meja Zetty. Zetty tak kata banyak hanya menuruti langkah Siti yang telah sampai ke pintu ofis. Minah ni kalau bab makan, memang laju! Erm... Sesuailah dengan bentuk badannya tu. Zetty tersenyum sendiri.
“Hah! Apasal kau senyum sorang-sorang ni? Kau mengata aku ek?”
“Eh, mana ada. Aku nak mengata dengan sapa pulak? Kat ofis ni tinggal kita berdua je tau tak?”
Siti tersengih mendengar kata-kata Zetty. Mungkin tersedar yang dia baru tersalah cakap. Tanpa melengahkan masa mereka berjalan menghala ke kedai makan yang selang beberapa kedai saja dari ofis mereka.
Zetty menilik lauk-lauk yang ada. Pilihan memang banyak, tapi takde satu pun yang membuka seleranya. Mungkin kesakitan di hati dah merebak ke perutnya pula.
“Apa lagi yang kau tenungkan tu? Kau tenung sampai tembus pun belum tentu perut kau boleh kenyang tau tak.” Zetty hanya tergelak kecil. Selamba je si Siti ni sound aku. Dahlah suara tu kuat macam petir berdentum. Nasiblah aku ni dah lama kenal kau, dah tau sangat kau tu macam mana... Desis hati Zetty.
“Aku tak rasa laparlah... Aku tunggu kau kat meja biasa ek.” Tanpa menunggu jawapan dari Siti dia terus melangkah menuju ke meja yang di maksudkan. Boleh di katakan hari-hari mereka akan lunch di situ. Bukan takde kedai makan lain yang berdekatan, tapi mereka dah biasa dengan masakkan di kedai ni.
Zetty melepaskan keluhan kecil bila dilihat meja yang biasa mereka port telah di rampas orang lain. Zetty melilaukan mata mencari meja lain. Akhirnya dia terjumpa satu meja yang baru saja dikosongkan. Belum sempat duduk Siti dah pun tercegat di depannya.
“Tadi kata nak duduk tempat biasa?” Zetty tak menjawab soalan Siti dengan kata-kata hanya memuncungkan bibirnya ke arah meja yang di maksudkan.
“Owwhh... Apasal kau tak makan? Kejap lagi perut masuk angin baru tau...” Zetty hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersih.
“Minum apa kak?”
“Bagi akak milo ais satu.” Zetty tersenyum ke arah pelayan tadi. Matanya melihat-lihat sekeliling kedai yang agak padat. Biasalah tengahari macam ni. Semua sibuk nak mengisi perut yang kosong. Tanpa sedar dia melepaskan keluhan. Siti yang sedang leka menjamu selera mendongak melihat Zetty.
“Kenapa?”
“Takde apa...”
“Kau ada masalah ke? Tak cukup duit?” Berkerut-kerut dahi Siti memikirkan masalah Zetty. Setahunya Zetty tak pernah menghadapi masalah kewangan sejak dia bekerja dengan Zetty selama 5 tahun ni. Dia kenal Zetty, Zetty bukanlah seorang yang boros.
“Bukanlah.. Kau ni.. Tak nyempat-nyempat..”
“Dah tu.. Kenapa? Tak payahlah kau nak tunjuk muka kerang busuk kau tu. Dah memang busuk pun..” Siti tersengih. Zetty hanya mampu menggigit bibir tanda geram.
“Aku oklah..Don’t worry..” Baginya belum masanya lagi untuk dia berkongsi cerita tentang kesedihannya dengan sapa-sapa. Lagi pun dia tak suka memburuk-burukkan orang lain.
Mungkin selama ni pun memang salah dia. Dia tak pernah nak teman Imran. Bukan dia tak nak teman, cuma dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Memandangkan dia sebagai akauntan di situ, dia selalu terpaksa balik lambat. Balik dah lewat malam. Bila dia call Imran, Imran pula sudah tidur. Jadi disebabkan itu dia tak menyalahkan Imran bila Imran ada orang lain.
“Hei! Apa yang kau termenungkan tu?” Zetty menggelengkan kepalanya dengan laju setelah terkejut mendengar suara petir Siti.
“Teringatkan mak ngan abah aku kat kampung..” Zetty cuba memberi alasan.
“Bukan ke kau baru balik minggu lepas?”
“Kalau baru balik pun takkanlah tak boleh ingat dan rindu kot.. Takkan dah 2 bulan baru nak kena ingat.” Zetty tersenyum bila dia rasa alasan yang di beri semakin kukuh. Siti terdiam tak terkata apa-apa.
Mereka berbual-bual seketika menghabiskan masa rehat yang dirasakan lama. Maunya tidak. 2 jam rehat, maklumlah.. Hari jumaat.

***
“Hello.. Assalamualaikum..” Zetty mula berbicara bila dia menekan punat hijau pada handphone Nokia kesayangannya.
“Waalaikumussalam..” Kedengaran lembut suara Imran.
“Zetty tengah buat apa tu? Dah makan?”
“Zetty baru je lepas siap masak ni. Belum makan lagi.. Kejap lagi kot.” Sudah menjadi kebiasaannya memasak di hujung minggu. Itu saja masa yang dia ada. Nak harap hari lain memang tak sempatlah jawabnya..
“La.. Bila nak makannya? Dah pukul berapa dah ni..” Zetty hanya tersenyum. Sayang jugak dia kat aku.
“Kejap lagi ea..”
“Zetty, malam ni kita jumpa nak? Nanti pukul 8.30 Imran amik ea..”
“Kita nak pergi mana?”
“Kita pergi tengok wayang ke.. Makan ke.. Mana-manalah. Janji Imran dapat luangkan masa dengan Zetty..”
“Oraite..” Zetty memberi kata setuju. Dia pun dah beberapa hari tak jumpa Imran. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

“Cantiknya Zetty hari ni..” Imran menegurnya tatkala dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk milik Imran. Imran memasukan gear dan memandu kereta Honda Civic miliknya.
“Kita nak pergi mana?”
“Adalah...” Imran tersenyum. Zetty mula menunjukkan dahi berkerut menunjukkan yang dia pening memikirkan arah tuju mereka. Akhirnya, mereka sampai ke destinasi yang di tuju. Baru kaki melangkah keluar angin sudah bertiup lembut. Mana tidaknya, Imran membawa dia ke Danga Bay.
Macam-macam perkara dan cerita yang mereka bincang dan ceritakan. Sedang leka Zetty menghirup udara segar ciptaanNya. Tiba-tiba Imran menyuakan sesuatu. Walaupun samar-samar tapi dia masih dapat pastikan kotak itu berwarna merah. Imran membuka kotak itu. Rantai emas! Imran mengambilnya dan membantu memasangkan rantai itu ke lehernya.
“Cantik!”
“Imran.. Tak payahlah habiskan duit macam ni..”
“Untuk Zetty.. Apa je..” Zetty rasa bahagia bila dengar ungkapan Imran. Mana ada wanita yang tak bahagia bila kekasih tersayang mengucapkan kata-kata romantis. Walaupun kadang-kadang kata-kata tu macam tak tercapai dek akal.

“Nah!” Secawan milo panas di suakan betul-betul di depan muka Zetty.
“Apa yang kau tenungkan tadi?”
“Teringat kisah silam..” Terkejut di buatnya bila lamunannya di matikan dek jerkahan si joyah sorang ni, Farah.
“Kau ni Farah.. Kot ye pun bagi la salam ke, apa ke. Ni tetibe je main jerkah-jerkah orang. Nasiblah aku ni takde penyakit jantung. Kalau tak makan nasi kendurilah kau..” Zetty mula membebel panjang.
“Alah.. Sorry lah sayang..” Farah mula buat muka seposen.
“Zetty, kau ok ke tak ni?”
“Ermm.. Kenapa? Nampak muka aku macam orang sakit ke?”
“Macam orang sakit tu takdelah.. Tapi macam orang mati laki adelah..”
Sabar jelah aku dapat member joyah macam dia ni. Taulah mulut tu macam joyah.kot ye pun cover-cover lah nak bercakap tu pun. Nasiblah aku ni jenis yang bukan nak cepat makan hati.
“Haa.. Dah mulalah tu. Drama sedih nak mulalah ni.”
“Dahlah, aku malas nak fikirkan.”
Rasa sakit di hati belum tentu dapat hilang walaupun di jahit berkali-kali dan walaupun di beri ubat yang paling mahal sekali. Bukan senang untuk dia lupakan kisah silam dia dan Imran. Bayangkan dalam tiga tahun perhubungan mereka. Pelbagai peristiwa mereka lalui bersama. Suka, duka, bergaduh, sedih, marah. Semuanya ada. Itulah asam garam kehidupan.
Dia selalu memikirkan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa dirinya. Mungkin dia akan berjumpa orang yang lebih baik dari Imran. Mungkin juga wanita itu adalah yang terbaik buat Imran.

***
“Imran, U pasti ke dengan apa yang U buat ni? U tak menyesal ke nanti?” Syila bersuara.
“Ini pilihan I. Kan dah berapa kali kita bincangkan hal ni kan..”
“U tak kesian ke dengan Zetty? I tau dia sedih tadi cuma dia cuba sembunyikan kesedihan dia dengan senyuman yang dia lemparkan.”
“I tau.. Sampai bila I nak fikirkan perasaan orang? Perasaan I? Lagi pun I tak nak semua ni terjadi. I terpaksa..”
Syila tak mampu untuk berkata lagi. Lidahnya kelu untuk bertikam lidah dengan Imran. Walau apa yang dia cuba katakan pasti di tolak bulat-bulat oleh Imran.

***
“Zetty! Ni ada call untuk kau.”
Hei joyah ni.. Naik pekak telinga di buatnya dengar jeritan Farah ni. Aku yang dalam bilik kat tingkat atas ni pun boleh dengar suara dia. Nasiblah jiran sebelah tak pernah buat aduan kat TV3 dalam segmen aduan rakyat. Kalau tak free-free lah kita ni jadi famous. Aku ni pun satu, sejak akhir-akhir ni handphone aku ni asyik tertinggal je. Pernah sekali tu lepas siap masak kat dapur aku terus naik bilik bersihkan diri. Tak lama aku tercari-cari handphone aku. Terpaksa mintak tolong khidmat Fara untuk miscall handphone aku yang entah di mana. Akhirnya, jumpa kat dapur!
“Hello.. Asslamualaikum..” Zetty memula bicara.
“Erm.. Waalaikumussalam..”
“Siapa ni?” Sempat Zetty melihat skrin handphonenya. Hanya nombor yang tertera. Maknanya tiada dalam list temannya.
“I Syila..” Dahi Zetty mula berkerut seribu. Si joyah ni dah terpinga-pinga dan tak reti duduk diam lagak gaya ibarat cacing kepanasan.
“Syila? Syila mana ea?”
“I yang datang dengan Imran hari tu..”
Tampak jelas kelihatan wajah Zetty mula berubah. Dari putih menjadi merah. Farah yang melihat Zetty bercakap sesuatu mula menampakkan wajah risaunya tatkala pipi Zetty mula di basahi air mata. Kalau tadi dia seperti joyah kini dia mula bertukar seperti menjadi seorang ibu yang prihatin terhadap anaknya.
Zetty jatuh terduduk di lantai. Handphonenya terlepas dari tangannya. Farah berlari mendapatkan Zetty. Cuba mententeramkan Zetty. Dia mula risau melihat keadaan Zetty.
“Zetty! Kenapa ni? Cuba cakap..”
“Farah..Imran.. Imran..”
“Imran? Kenapa dengan Imran? Ada orang sakitkan hati kau lagi ke?”
“Imran kat ICU..” Zetty dah mula menagis tersedu-sedu. Farah yang terkejut dengan apa yang Zetty sampaikan tadi terlopong sekejap.
“Sabar Zetty..”
“Farah.. Teman aku pergi hospital..” Farah mengangguk. Mereka masuk ke bilik masing-masing untuk bersiap-siap dan membawa barang-barang yang di rasakan penting.
Nasib kereta aku dah memang kat belakang. Getus hati kecil Farah. Dia mengambil keputusan agar dia saja yang membawa kereta kerana kalau Zetty yang memandu ketika ini, silap-silap hari bulan mereka pun akan masuk hospital juga.
Sampai di hospital mereka bergegas ke wad ICU. Sampai di sana terlihat ramai orang yang telah berkumpul. Ibu dan ayah Imran pun ada termasuklah gadis yang datang hari tu. Zetty bersalam dengan keluarga Imran, setelah itu dia masuk ke dalam melihat keadaan Imran.
Dari pintu lagi dia dapat lihat badan Imran sudah di penuhi wayar-wayar.. Tangan, hidung.. Ya Allah.. Apakah cubaan yang Engkau berikan pada hambaMu ini.. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah..
Dia mendekati Imran, ditenungnya wajah pucat Imran.. Imran berada dalam keadaan koma.. Tidak boleh bercakap, melihat, tapi mungkin hanya dapat mendengar..
“Imran...” Rintih Zetty.
“Kenapa Imran macam ni.. Kenapa tak dari dulu lagi Imran terus terang dengan Zetty? Kenapa Imran perlu berbohong?”
“Imran tau tak betapa sayangnya Zetty pada Imran.. Betapa Zetty tak dapat lupakan Imran.. Berapa kerap Zetty ingatkan diri Zetty bahawa Imran dah ada orang lain sekerap itu juga lah hati Zetty berkeras untuk tidak lupakan Imran.”
Zetty dah tak peduli pada air matanya yang mengalir semakin laju. Dia tak dapat menahan kesedihannya apabila melihat orang yang tersayang terbaring kaku dan menanggung kesakitan seorang diri. Dia sudah tahu kebenarannya sebelum dia masuk tadi. Ibu dan ayah Imran dah pun menceritakan segalanya.
Rupa-rupanya Imran menghidap penyakit barah otak. Sudah setahun lebih Imran menyembunyikan hal ini pada Zetty. Dia tak nak Zetty sedih bila mendapat tahu hal ini.
“Zetty dah tau segala-galanya Imran.. Zetty maafkan Imran. Zetty tau Imran takkan sanggup buat macam ni pada Zetty. Zetty halalkan makan dan minum Imran..”
“Zetty juga nak minta maaf pada Imran atas segala salah dan silap Zetty pada Imran. Halalkan makan dan minum Zetty selama kita kenal.. Zetty bersyukur kerana di kenalkan dengan Imran walaupun hanya sementara.”
Doktor masuk untuk melakukan pemeriksaan pada Imran. Zetty terpaksa keluar. Di luar dia cuba ditenangkan oleh Farah. Dia dah tak kira pandangan orang lain. Dia juga dah tak fikirkan pasal wanita yang bersama Imran tempoh hari. Dalam kepalanya hanya fikir tentang Imran.
Tak lama kemudian doktor tadi keluar dan bercakap dengan family Imran. Dari jauh ibu Imran menggeleng-gelengkan kepalanya tanda Imran sudah tiada. Zetty sudah terjelepuk jatuh ke lantai hospital. Pandangannya kelam dan semakin gelap..

***
“Zetty..” Kedengaran suara Farah memanggil.
“Farah... Aku..” Dia dah tiada kudrat lagi untuk menyambung kata-katanya.
“Dahlah Zetty.. Banyakkan berehat..” Farah turut sedih melihat temannya menangis tanpa henti dari tadi.
“Asalamualaikum..” terlihat Syila di muka pintu.
“Walaikumussalam..” Serentak Zetty dan Farah menjawab.
“Zetty, aku keluar kejap ea..” Zetty hanya mampu mengangguk.
Zetty dan Syila berbincang seketika. Pelbagai perkara yang terbelit semakin terurai. Segala perkara yang terjadi di jelaskan dengan baik. Setelah itu, Zetty mengekori dengan lirik mata menghantar Syila pulang sampai ke pintu.
Di belek-belek surat yang di beri oleh Syila tadi. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui isi di dalamnya. Di buka pelan-pelan sampul tadi.
Assalamualaikum..
Sebelum apa-apa Imran nak minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki pada Zetty atas salah dan silap Imran pada Zetty. Bukan sengaja Imran nak lakukan begini pada Zetty. Imran terpaksa buat begini, Imran tak nak Zetty nampak Imran sakit. Imran tau nanti Zetty mesti risau dan sedih. Kalau Imran nampak Zetty sedih Imran pun sedih dan nanti Imran juga takde semangat sebab Zetty adalah semangat Imran.
Wanita yang Imran bawak hari tu bukanlah kekasih baru Imran. Dia adalah sepupu Imran yang baru saja balik dari US. Sebab tu Zetty tak pernah jumpa dia.
Di sini Imran ada selitkan sekali sebentuk cincin buat Zetty. Sebenarnya cicin emas tu Imran nak guna untuk melamar Zetty pada hari lahir Zetty iaitu 15 Mei nanti. Tapi Imran tau mesti tak sempat, jadi Zetty beri sekarang.
Tidak pernah juga terselit dalam hati Imran untuk rasa kecil hati jika Zetty sibuk. Imran tau kesibukkan Zetty hanya bersama kerja-kerja Zetty. Imran faham tanggungjawab Zetty.
Imran berharap ketiadaan Imran nanti Zetty dapat lalui hari-hari mendatang seperti biasa. Janganlah diturutkan sangat perasaan sedih yang datang. Ingatlah Imran sentiasa mencintai Zetty seorang kerana dalam perhubungan kita Imran banyak mempelajari erti-erti kehidupan sebenar. Jadi, Imran nak Zetty teruskan kehidupan...

Salam kasih daripada Imran buat Zetty tersayang...
30 April...

***
“Morning semua...”Zetty menguntum senyum.
Siti tersenyum melihat teman yang paling rapat dalam ofis gembira. Zetty sudah tidak seperti sebelum ini. Setiap hari datang kerja dia akan duduk di tempatnya dan berada dalam alam fantasinya.
“Ha.. Macam nilah kawan aku.. Baru senang hati aku..” Zetty hanya menyengeh.
Imran jangan risau.. Walau apa pun Zetty akan sentiasa ingat dan doakan untuk Imran di sana. Zetty juga akan teruskan hidup Zetty dengan mengingati kenangan-kenangan bahagia kita... Desis hati kecil Zetty sambil menguntumkan senyum dan memandang gambar di sisinya. Gambar dia dan Imran!




Jangan meninggalkan apa yang ada,
Jangan dilupakan pada yang tiada,
Setiap kata dan bicara,
Jangan hanya dibibir sahaja.

Setiap langkah dan perjalanan,
Jangan lemah ditengah jalan,
Hati kita jangan dibataskan,
Agar tak sesat dikejauhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan